MERSING: Pihak berkuasa Malaysia memperluas kawasan pencarian sehingga seganda hari ini (12 Ogos) dalam operasi mencari dua pendayung kayak warga Singapura, empat hari selepas mereka kali terakhir dilihat.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) berkata kawasan pencarian itu akan diperluas sehingga 900 batu nautika persegi antara bahagian utara pulau Seri Buat dengan bahagian barat laut pulau Tioman di Pahang.





