SEPERTI biasa, apabila masjid penuh, sebahagian jemaah Masjid Abdul Razak terpaksa menunaikan solat Aidiladha di jalan raya kecil di luar masjid.
Namun pada Ahad (11 Ogos), mereka berbuat demikian dengan bantuan sekumpulan relawan dari pertubuhan agama Buddha Shinnyo-en yang mengurus lalu lintan di sebahagian jalan raya kecil di kawasan estet perumahan privet itu.





