SINGAPURA mempunyai hak kedaulatan untuk mengenakan hukuman gantung ke atas pesalah dadah dan menjangkakan negara lain menghormati undang-undangnya, menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) negara ini menerusi satu kenyataan bersama hari ini (22 Nov).
Kedua-dua kementerian itu berkata demikian menyusuli satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Malaysia, Datuk Liew Vui Keong.





