LOS ANGELES: Sebuah penerbangan Philippine Airlines yang sedang menuju ke Manila, Filipina, mengalami kerosakan enjin semalam (21 Nov) sejurus selepas berlepas dari Los Angeles dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan, menurut pihak berkuasa tempatan.
Juruterbang penerbangan PR113 itu mengisytiharkan kecemasan dan melaporkan kemungkinan kerosakan enjin dalam pesawat Boeing 777 itu, kata jurucakap Lapangan Terbang Los Angeles.





