PORTAL MySkillsFuture, tidak lama lagi, boleh mencadangkan kursus yang relevan bagi warga Singapura, untuk menolong mereka mencapai matlamat kerjaya dan pembelajaran.
Ciri portal yang dipertingkat itu diumumkan semasa majlis penyampaian Anugerah Biasiswa SkillsFuture dan Majikan SkillsFuture, yang mengiktiraf komitmen dan sokongan terhadap pembangunan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.





