BADAN pemerhati amalan syarikat-syarikat setempat telah menghubungi Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) untuk meneroka tindakan yang boleh diambil ke atas syarikat teknologi Huawei selepas promosi telefon bijak yang diadakannya menyebabkan kacau-bilau di beberapa kedainya di sini.
Presiden Persatuan Pengguna Singapura (Case) Lim Biow Chuan, menulis di Facebook pada Isnin (29 Julai) berkata beliau percaya iklan yang dikeluarkan Huawei mengelirukan...





