IBU BAPA, guru bahasa Melayu dan asatizah memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa Melayu dalam kalangan si cilik.
Demikian dikongsi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa acara Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang diadakan di Wisma Geylang Serai pagi tadi (27 Julai).





