SEKURANG-KURANGNYA 365,000 penduduk Singapura akan layak mendapatkan subsidi penjagaan kesihatan lebih tinggi mulai Oktober.
Ini menyusuli langkah pemerintah meningkatkan had pendapatan per kapita bulanan keluarga bagi subsidi yang boleh digunakan bagi pelbagai khidmat jagaan kesihatan termasuk dialisis, premium MediShield Hayat serta geran untuk mengambil khidmat pembantu rumah asing.





