PEMENANG Singapore Idol pertama, Taufik Batisah, kini menceburi satu lagi peluang perniagaan - hartanah.
Taufik, 37 tahun, yang juga mempunyai perniagaan ayam gorengnya, Chix Hot Chicken, di Jalan Pisang, berkata dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Ahad, 22 September, bahawa beliau sentiasa mencari "cabaran baru".





