TIGA lelaki, antara 37 dan 50 tahun, ditangkap kerana didakwa telah merompak telefon bimbit milik dua wanita, dan mencederakan mereka menggunakan pisau lipat (penknife).
Polis menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada 3 petang pada Isnin (23 September), bahawa dua wanita telah dikelar menggunakan pisau lipat di Blok 532 Ang Mo Kio Avenue 10.





