WARAN penangkapan telah dikeluarkan ke atas lelaki yang didapati bersalah merompak dengan menggunakan senjata stesen minyak Shell di Upper Bukit Timah Road pada Julai 2017.
Semasa rompakan itu, Visvananthan Vadivelu, 50 tahun menunggu sehingga tiada sesiapa di stesen minyak itu sebelum mendekati juruwang, mengacukan pisau kepadanya dan melarikan diri dengan sekitar $1,100 wang tunai.





