PENGURUS kedai dobi Leslie Khoo Kwee Hock, 51 tahun, yang mencekik kekasihnya dalam keretanya di jalan raya sunyi dekat Gardens by the Bay dan kemudian membakar tubuhnya didapati bersalah membunuh semalam.
Pesuruhjaya Kehakiman Audrey Lim mendapati Khoo bersalah membunuh Cui Yajie, seorang jurutera berusia 31 tahun pada 12 Julai 2016 dan menolah semua pembelaan yang diutarakannya berhubung tuduhan tersebut.





