SEORANG lelaki yang ditangkap menyeludup rokok terlarang buat kali keempat dipenjara tiga setengah tahun dan didenda $10.416 juta semalam (17 Julai).
Oleh kerana dia tidak membayar denda itu, dia akan menjalani hukuman penjara tambahan lagi 28 bulan, atau dua tahun empat bulan, menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan.





