KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia ingin tahu sama ada video seks sejenis yang melibatkan bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali adalah tulen, kata presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Datuk Seri Anwar, rakyat juga ingin tahu siapa yang menyebarkan video itu.





