MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah menandatangani satu undang-undang baru yang melarang perbuatan bersiul dan gangguan berdasarkan jantina lain terhadap wanita dan anggota masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
Dokumen yang dikenali sebagai Akta Jalan Raya dan Ruang Awam Selamat itu ditandatangani April lalu namun hanya didedahkan kepada media semalam (15 Julai).





