DUA baris lirik lagu malar segar kumpulan legenda Sweet Charity, Sejuta Wajah, yang didendangkan penuh penghayatan oleh bakat tempatan, Nurul Rahila Rashun, pada peringkat akhir SG Mania 3 kelmarin, bagaikan merakam isi hatinya.
Lontaran kata yang berbunyi: "Keluhan hati ini... ku takut akan luka lagi..." ibarat menceritakan tentang kekecewaan yang pernah dirasakan Rahila, 23 tahun, tatkala tidak berjaya ke pusingan...





