THE Ring Fighting Championship (TRFC) telah mengumumkan pada hari Jumaat (6 September) bahawa edisi ketiga Elite Amateur Series akan kembali tahun ini.
TRFC akan menampilkan 4 perlawaan profesional dan 14 perlawanan amatur melibatkan petinju tempatan dan antarabangsa termasuk dari Perancis, Indonesia, Filipina, Taiwan, Malaysia, Thailand, dan juga pasukan Tinju Kebangsaan Brunei yang akan membuat penampilan pertama mereka.





