MANILA - Gempa bumi sekuat 6.6 magnitud melanda selatan Filipina awal hari ini (29 Oktober), menyebabkan seorang remaja lelaki yang cuba melarikan diri dari bilik darjah terkorban.
Kejadian itu juga menyebabkan bangunan runtuh dan mencederakan ramai orang di kawasan itu.





