YOKOHAMA - Pasukan All Blacks dari New Zealand tewas di tangan pasukan England di perlawanan separuh akhir Piala Dunia Ragbi semalam (26 Oktober), dengan keputusan 19-7.
Pasukan England mengalahkan pasukan kegemaran ramai itu untuk mara ke peringkat akhir demi impian merangkul Piala Dunia Ragbi dengan kekuatan pertahanan dan taktik permainan mereka.





