PETINJU negara, Muhamad Ridhwan, kembali menjadi juara semalam selepas menewaskan petinju kelas bantam nombor dua Indonesia, Noldi Manakane, dalam pertarungan enam pusingan dalam keputusan sebulat suara.
Tiga pengadil memberi keputusan 60-54, 60-55, dan 59-55 yang memihak kepada jejaka berusia 31 tahun itu terhadap petinju veteran, Manakane, 35 tahun, di acara KBX Boxing Evolution di Joo Chiat.





