SEORANG maut dan lagi dua cedera dalam kebakaran besar di kawasan perusahaan Jurong yang membara lebih dua jam dan menyebabkan letupan kuat pada Jumaat (21 Jun).
Kebakaran di 43 Jalan Buroh itu, yang melibatkan ratusan tong gas petroleum cecair (LPG) berbilang saiz - yang mudah terbakar - disifatkan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebagai kebakaran LPG terbesar yang perlu ditanganinya.





