PELAKON setempat Aloysius Pang telah dibawa pulang ke Singapura, dengan pesawat KC-135R yang membawa mayatnya tiba di Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) pada 5.45 petang tadi (25 Januari).
Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Pang akan diberi penghormatan pengebumian tentera sebelum dibawa ke Krematorium Mandai lusa, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi satu kenyataan hari ini.





