Idea memindahkan ibu kota Indonesia bukan baru. Ia mula-mula dicadangkan oleh bapa pengasas negara itu, Sukarno, pada 1950-an tetapi tertangguh beberapa kali sejak itu, termasuk di bawah pendahulu Presiden Joko 'Jokowi' Widodo, Dr Susilo Bambang Yudhoyono. Tetapi seminggu selepas mengumumkan rancangan beliau, Encik Jokowi kelihatan serius - beliau 'turun padang' ke tempat yang berpotensi menjadi ibu negara baru Indonesia. Presiden...





