HONGKONG: Penggubal undang-undang Hongkong terpaksa menangguhkan satu perbahasan yang telah dirancang berhubung rang undang-undang penyerahan balik yang kontroversi pagi tadi (12 Jun) selepas ribuan pembantah menunjuk perasaan di kawasan ibu pejabat pemerintah dan kawasan pusat bandar.
Pihak berkuasa tempatan juga telah meminta kakitangan awam agar tidak pergi ke ibu pejabat pemerintah kerana pintu masuknya turut disekat pembantah.





