MENGGABUNGKAN sketsa, lawak jenaka dan nyanyian daripada pelawak terkenal tanah air.
Para penonton di acara Teater Komedi - Temu Lawak di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy, anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands itu tidak kering gusi dengan persembahan pelawak termasuk Alias Kadir, Husin Saaban, Ariff Samsudin dan Zainal Ilhim (gambar atas).





