KERJA menggali terowong bagi fasa kedua binaan 'lebuhraya' air terpakai di Singapura telah bermula, selepas jentera penggali terowong pertama dilancar di Jalan Bahar pada Khamis (4 April).
Sejumlah 19 penggali terowong akan digunakan bagi menggali terowong sepanjang 60 kilometer dalam fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS 2).





