1912. Padang pasir Libya.
Mesyuarat Syeikh Omar Mukhtar bersama dua panglima kanannya di dalam khemah putih bersaiz sederhana mereka, terganggu oleh pekikan pengawal yang berjaga di pintu masuk khemah itu. Mereka yang sedang bermesyuarat, tersentak. Bersama Panglima Fadhil Bo Omar dan Panglima Ammar, Omar Mukhtar sedang merancang serangan ke atas tentera Italy di Kem Derma, kira-kira 30 kilometer dari Tripoli,...





