SEMENTARA perjalanan seni mereka berjalan secara konsisten biarpun tanpa banyak publisiti, nasib Nuradee dalam dunia perniagaan tidaklah seindah yang diharapkan.
Mohamed Rasid Abdullah (Adee) dan adiknya, Mohd Noor (Nur), mengakui mereka telah kerugian ratusan ribu dolar dalam beberapa pelaburan, termasuk yang terbesar di Batam, Indonesia, melibatkan projek vila atas air untuk percutian. Projek itu dilaporkan bernilai $8 juta.






