LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May, pada Jumaat (24 Mei) mengumumkan beliau akan meletak jawatan, mencetus persaingan bagi pemimpin baru yang dijangka menggesa kesudahan Brexit lebih tegas.
Dalam pengumuman penuh emosi, Cik May turut menetapkan jadual peletakkan jawatannya: Beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif pada 7 Jun, disusuli proses mencari pengganti pada minggu selanjutnya.





