Kejohanan Atletik Nasional bagi atlit berkeperluan khas anjuran Majlis Sukan Golongan Kurang Upaya Singapura (SDSC) mengorak era baru apabila ia dianjurkan buat pertama kalinya di Stadium Negara yang baru di Hab Sukan Singapura baru-baru ini. Kejohanan kali ini menampilkan seramai 108 peserta yang beraksi dalam 37 acara trek dan padang - antaranya jaguh lompat jauh Paralimpik, Suhairi Suhani, dan para-atlit...





