Mereka mungkin dikecewakan gol minit-minit terakhir daripada melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Harapan kelab Belanda, Ajax, ke final kejohanan berprestij itu mungkin tidak kesampaian selepas keputusan seri agregat 3-3 dengan Tottenham Hotspur menyaksikan kelab England itu mara ke final melalui kelebihan gol di padang lawan. Namun, skuad muda Ajax berjaya mendapat tumpuan dan pujian ramai sepanjang kempennya...





