JURULATIH warga Singapura Akbar Nawas telah diiktiraf sebagai jurulatih terbaik Liga India selepas berjaya memimpin pasukan Chennai City merebut gelaran juara sulung mereka awal bulan ini.
Pasukan India itu memenangi tujuh daripada 10 kategori semasa upacara penyampaian anugerah dan trofi Liga India di Taj Corramandel di Chennai Rabu lalu (20 Mac).





