KEPULANGAN 30 atlit Team Singapore yang menyertai Sukan Olimpik Khas disambut meriah di Lapangan Terbang Changi pagi tadi (23 Mac) oleh penyokong dan anggota keluarga mereka.
Sukan Olimpik Khas 2019 yang berakhir kelmarin di Abu Dhabi menyaksikan Team Singapore berjaya membawa pulang 16 pingat - empat emas, empat perak dan lapan gangsa.





