PELAJAR yang baru tamat pengajian di politeknik tahun lalu terus menjadi buruan majikan dan mampu meraih gaji yang tinggi.
Menurut Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) yang dikeluarkan hari ini (15 Januari), kadar keseluruhan pelajar yang berjaya mendapat pekerjaan - sama ada sepenuh masa, sambilan atau bebas - dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian ialah 89.5 peratus bagi 2018.





