SURUHANJAYA Perlindungan Data Peribadi (PDPC) telah mengenakan denda terbesarnya berjumlah $750,000 kepada Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS), yang merupakan agensi IT pusat bertanggungjawab bagi sektor penjagaan kesihatan Singapura, bagi kesilapan dalam memastikan keselamatan data pesakit.
Ini telah menyebabkan pencerobohan data paling teruk di negara ini.





