Teringin mahu makan 'karipap Bai', orang ramai biasanya berkunjung ke Onan Road atau Joo Chiat yang menempatkan beberapa kedai karipap, sesetengahnya telah wujud berpuluh tahun lalu. Namun, tumpuan peminat karipap tradisional kini beransur-ansur beralih ke estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) apabila mantan pekerja kedai-kedai karipap di kawasan itu membuka perniagaan sendiri. SAINI SALLEH (saini@sph.com.sg) yang kebetulan ternampak dua kedai...





