Aku bukan seniman yang pandai melukis. Tidak juga mempunyai jari-jemari ajaib untuk sebuah lakaran berpelangikan impian. Namun, kugagahi diri mengikut jejak mereka yang terdahulu mencuba. Merah pekat tercalit. Pada berus tirus bergigi tajam. Kupejamkan mata. Kanvas bersih ditoreh. Pedih. Terasa cecair mengalir di pergelangan tangan. Kuterhenti. Masih tidak berani untuk membuka mata. Sakit. Teramat sakit. Takut untuk meneruskan kerana terasa...





