MENGAMBIL dokumen seperti pasport dan kad pengenalan dijangka lebih mudah di masa hadapan, berdasarkan rancangan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk membangunkan Pusat Perkhidmatan Bersepadu 24 jam.
Menjelang 2023, warga Singapura boleh menggunakan pondok layan diri yang menerapkan teknologi biometrik - membenarkan mereka mengambil dokumen dalam tempoh 15 minit, tanpa perlu membuat temu janji dengan pegawai ICA.





