Bekas jurulatih bola sepak nasional Raddy Avramovic dijangka kembali bertugas di Singapura - kini sebagai ketua jurulatih kelab Liga Perdana Singapura Home United.
Menukil sumber yang rapat dengan perkembangan ini, The Straits Times berkata Avramovic, yang memimpin pasukan Singa dari 2003 hingga 2012, akan diumumkan tidak lama lagi dalam peranan baru itu.





