KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengesahkan satu kes jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Singapura, melibatkan warga Nigeria yang tiba di sini bulan lalu untuk menghadiri suatu bengkel.
Lelaki berusia 38 tahun itu diuji positif dijangkiti virus penyakit yang jarang berlaku itu pada Rabu (8 Mei) kata MOH pada Khamis.





