Pemain bola sepak nasional Khairul Amri akan meninggalkan Tampines Rovers untuk menyertai Felda FC yang beraksi dalam Liga Super Malaysia.
Amri, 34 tahun, diberikan kebenaran khas untuk menerima tawaran dari kelab itu, walau musim Liga Perdana Singapura sedang berlangsung, kerana Amri telah banyak berjasa kepada kelab dan negara, kata Tampines dalam kenyataannya pada Rabu (8 Mei).





