LALUAN MRT Thomson-East Coast (TEL) akan mempunyai satu lagi stesen antara Tanjong Rhu dengan stesen Gardens by the Bay, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Stesen Peringatan Pengasas itu terletak sebelah tapak peringatan seluas lima hektar yang sedang dibina untuk memperingati sumbangan pengasas Singapura moden.





