PRESIDEN Halimah Yacob berkata beliau yakin rakyat Singapura berupaya mengatasi cabaran di tempat kerja yang pesat berubah.
Berkongsi pesanan Hari Pekerja di Facebook pada Selasa (30 April), Puan Halimah berkata pekerja pada masa ini berhadapan cabaran yang jauh berbeza berbanding pekerja pada lebih tiga dekad lalu, semasa beliau berkhidmat dalam pergerakan buruh.





