SERAMAI 26 pelajar di Madrasah Aljunied menjadi kohort pertama pelajar yang menyertai Program Diploma International Baccaulaureate (IBDP) baru-baru ini.
Mengumumkan demikian hari ini (8 Mac), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata program itu bertujuan melengkapi asatizah masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas, demi membimbing masyarakat selanjutnya.





