PASUKAN bina badan Singapura berjaya membawa pulang sebutir pingat perak dan pingat gangsa dari Kejohanan Sukan Bina Badan dan Susuk Badan Dunia ke-10 yang diadakan di Chiang Mai, Thailand, baru-baru ini.
Atlit bina badan veteran berusia 62 tahun, Abdullah Jaafar, hanya mampu berpuas hati dengan perak dalam kategori bagi atlit lebih 60 tahun, manakala Shaifulhaq Ahmad Ishak pula mendapat gangsa...





