HONGKONG: Mikhy Farrera Brochez, warga Amerika Syarikat yang dikehendaki di Singapura kerana membocorkan maklumat peribadi dalam talian 14,200 individu yang mempunyai HIV, mungkin telah melakukan penipuan di Hongkong, menurut media Hongkong.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa Brochez pernah menjalankan perniagaan berkaitan pendidikan di Hongkong, yang mengenakan bayaran HK$8,000 ($1,380) bagi setiap penilaian kanak-kanak berkeperluan khas.





