PENUNGGANG motosikal yang dicari pihak berkuasa Kemboja berhubung kemalangan jalan raya di sana menyertai konvoi kebajikan dari Singapura yang mengunjungi negara itu.
Menurut laporan akhbar The New Paper, motosikal BMW R1200 GS Adventure milik penunggang perempuani itu berdaftar di Singapura dan didakwa terlibat dalam kemalangan pada 7 Februari yang menyebabkan seorang penunggang basikal berusia 81 tahun maut.





