Buah salak di dalam kantung, kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Itulah yang diharapkan Masjid Darul Makmur kepada masyarakat dalam usaha untuk mengumpul dana bagi projek peningkatan masjid. Slogan ‘Masjid Tanpa Sempadan’ bukan sekadar cogan kata, bahkan menjadi suatu matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh masjid ini.





