PEKERJA kawal serangga yang menangkap ular sawa sepanjang tiga meter di luar bangunan Tang Plaza di Orchard Road bulan lalu mengendalikan ular itu dengan betul, menurut Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA).
Mengesahkan demikian menerusi satu kenyataan semalam (19 Februari), firma kawal serangga Anticimex berkata AVA telah selesai menjalankan siasatan tentang dakwaan pekerja syarikat itu tidak mengendalikan ular tersebut dengan betul...





