SEORANG penunggang skuter elektronik (e-skuter) melanggar seorang pejalan kaki dan menyebabkan kecederaan, termasuk di kepala yang memerlukan jahitan.
Rapiah Sari, 49 tahun, seorang suri rumah, didenda $2,200 pada Rabu (19 Disember) selepas beliau mengaku bersalah mencederakan Cik Chia Gek Sim kerana menunggang e-skuter dengan cuai pada 3 November tahun lalu. Kejadian itu berlaku di laluan pejalan kaki di Jurong West...





